Kelas ICT (Mic. Powerpoint) & Advokasi ( Modul Building Resilience – Peranan Ibu Bapa)

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Mic. Powerpoint) dan Advokasi (Modul Building Resilience – Peranan Ibu Bapa). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Modul Building Resilience dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Modul Building Resilience – Peranan Ibu Bapa. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah peranan ibu bapa/penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat dengan membimbing anak-anak dalam talian yang betul, ambil tahu kegiatan anak-anak dalam talian, menyediakan anak-anak dengan keupayaan untuk bertindak dengan betul, menggalakan anak-anak dengan keupayaan untuk keupayaan internet, memasang perisian kawalan pada garjet anak-anak, meneroka bersama anak-anak dunia internet, berkomunikasi dengan anak-anak tentang dunia internet sama seperti saluran laporan dan akhir sekali, perlu adanya waktu tanpa internet bagi anak-anak.

Manakala dalam Kelas ICT pula, peserta-peserta diwar-warkan tentang Pertandingan 5 Slides Show Powerpoint bertajuk Jenayah Siber. Pada 2 Ogos yang lepas, telah diadakan Kelas ICT (Mic. Powerpoint) bagaimana membina 3 Slides Show Powerpoint bertajuk Jenayah Siber. Justeru itu, terdapat beberapa peserta dalam kelas kali ini berminat untuk menujukkan bakat mereka dalam pertandingan ini.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri kelas ini dapat menghasilkan olahan Slide Show yang terbaik.

# SEMOGA BERJAYA!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali